Sejarah Reman Reman

Sejarah Kesultanan Reman bermula pada tahun 1810 apabila Tuan Tok Nik Tok Leh, kerabat diraja Patani melakukan pemberontakan bagi memperoleh kemerdekaan wilayah Reman dari Patani. Reman dari sejarahnya adalah sebahagian dari negeri Patani (sekarang dalam Thailand). Perang antara Reman dan Patani telah melemahkan kedua-dua belah pihak. Kerajaan Siam melihat konflik ini memberi peluang kepadanya untuk meluaskan kuasa ke selatan, dan selepas itu Patani dan Reman jatuh di bawah kekuasaan Siam.

Pepatah dasar pecah dan perintah (divide et impera atau divide ut regnes) yang diamalkan pada zaman Rom dan pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, juga diamalkan oleh Siam selepas beberapa pemberontakan oleh orang Melayu di Patani.